Setiap wanita mahupun lelaki mengidamkan kulit muka yang lembut ..bersih dan cerah. Namun lebih 90% daripada mereka tidak mengetahui cara mencuci muka dengan betul dan sering melakukan beberapa kesilapan ketika mencuci muka..dan perkara remeh sebegini yang menyebabkan kulit wajah bertambah teruk.
Jom kita selongkar! =D
Tidak Mencuci Tangan
Kesalahan yang paling sering terjadi apabila mencuci muka ialah tidak mencuci tangan terlebih dahulu. Meletakkan pencuci muka ke tapak tangan yang masih dalam keadaan kotor dan kemudian mengusapnya ke muka, tidak akan membuat wajah kita bersih kerana buih-buih pencuci muka tersebut akan bercampur dengan kotoran dan bakteria yang masih ada pada tangan yang kotor dan kemudian akan berpindah dengan mudah ke muka anda. Oleh itu, jangan lupa untuk selalu mencuci tangan anda sebelum mencuci muka.
Tersilap Memilih Pencuci Muka
Pencuci muka yang baik adalah pencuci muka yang tidak berbuih dan tidak berbau wangi, serta tidak menghilangkan kelembaban dan sel-sel kulit yang masih sihat dan sesuai dengan kulit muka. Hal ini kerana pencuci muka yang berbuih akan dapat mengeringkan kulit dan pencuci muka yang berbau wangi merupakan pencuci muka yang ditambah extract keharuman. Jadi, pencuci muka tersebut tidak lagi neutral malah sudah di tambah dengan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang..
Tips memilih pencuci muka.. pastikan Pencuci Muka anda mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

Anda perlu memastikan pencuci muka anda bebas Paraben dan sebarang bahan kimia...Sekiranya anda mempunyai masalah kulit sensitif seperti Berjerawat, Berminyak dan Kering anda perlu mencari pencuci muka yang diciptakan khusus untuk kulit sensitif bagi rawatan yang lebih baik dan sempurna.
Shaklee menawarkan dua jenis Skincare bagi Kulit Normal dan Sensitif.. NUTRIWHITE untuk kulit Normal... dan Enfuselle untuk kulit Sensitif.



Terlalu Kerap Mencuci Muka
Ramai yang beranggapan apabila kerap mencuci muka, muka akan kelihatan lebih bersih dan berseri. Malangnya, akibat terlalu kerap mencuci muka, muka akan menjadi kering. Bahkan untuk jenis kulit wajah yang berminyak, kulit akan semakin berminyak jika terlalu kerap dicuci. Jadi, anda disyorkan untuk mencuci muka 2 kali sehari sahaja pada waktu pagi dan sebelum tidur..ataupun sekali sehari bagi kulit kering.

Tidak Membilas Dengan Bersih
Ternyata masih banyak wanita yang sering mencuci wajah tanpa membilasnya dengan betul dan bersih. Mungkin nampak seperti masalah ringan, tapi ternyata sabun yang tertinggal menjadi salah satu penyebab kulit kering kotor. Disamping itu, sisa sabun juga dapat menyumbat pori-pori wajah yang dapat menyebabkan jerawat. Oleh itu, bilaslah muka dengan betul selepas mencuci dengan Pencuci Muka walaupun anda sedang terburu-buru =)

Suhu Air
Ramai yang beranggapan bahawa air panas dapat membuka pori-pori kulit, sementara air sejuk dapat menutup pori-pori wajah. Namun hal tersebut sama sekali tidak benar kerana pori-pori tidak memiliki otot yang boleh membuatnya terbuka dan tertutup. Jadi, jangan menggunakan air yang terlalu sejuk maupun terlalu panas untuk mencuci wajah. Air panas akan menyebabkan kulit kering, sedangkan air sejuk dapat merosak pembuluh darah pada wajah. Suhu air yang paling baik untuk mencuci wajah adalah air suam.
Tidak Memakai Pelembab Selepas Mencuci Muka
Setelah mencuci wajah, mungkin anda sering lupa untuk menyapu pelembab di wajah. Hal ini dapat menjadi salah satu penyebab wajah anda menjadi kering. Untuk hasil yang lebih baik, sapu pelembab pada wajah setelah wajah dicuci dan dikeringkan, jangan menunggu kulit hingga benar-benar kering. Menggunakan pelembab secara terus akan membantu pelembab tersebut menyerap secara baik sehingga kelembaban kulit pun akan tetap terjaga.
Di sini terdapat beberapa Petua Wajah Berseri dan Teknik Mencuci Muka yang Betul iaitu mencuci dari bawah ke atas... Selamat Mencuba! =)


Stay Healthy and Pretty with Shaklee
Niy Hazwani 013-2593271

.jpg)

2 comments:
blogwalking here
Thanks! 😊
Post a Comment